Amal budaya kerja di luar kotak, kekalkan integriti – MPAG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ALOR GAJAH 14 Mei – Kecemerlangan bukan diukur dengan tercapainya sasaran kerja, tetapi dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Katanya, warga MPAG juga perlu mengamalkan budaya kerja di luar kotak demi keberhasilan yang luar biasa, sekali gus menjadi tenaga kerja serba mahir dan berbakat.

“Saya minta agar keluarga MPAG semua menghayati setiap arahan, tugasan dan tanggungjawab diberikan dengan amanah.

“Penjawat awam harus mampu menyumbang kepada budaya kerja berproduktiviti, bernilai tinggi, berpemikiran ke hadapan, berkemahiran dan bermotivasi tinggi.

“Justeru itu, kita meraikan seramai 27 warga kerja MPAG dengan memberikan mereka Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023 sebagai inspirasi kepada rakan-rakan yang lain,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 14 At 12.28.44 Pm
SAIFUDDIN Ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Apresiasi MPAG yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Pada majlis itu, seramai 12 pesara MPAG bagi tahun 2023 dan 2024 turut diraikan atas jasa bakti serta sumbangan diberikan sepanjang berkhidmat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

74
Kongsi :
Previous post MCORP tambah baik nilai kerja dekati masyarakat
Next post Melaka perlu lebih banyak sekolah agama baharu
Ubah saiz-+=