Ops Bebas MBMB: 6 premis kotor terima notis RM3,000
AYER KEROH 14 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan enam Notis Pemberitahuan Kesalahan kepada enam premis di Taman Paya Rumput Utama, di sini membabitkan kesalahan tidak menjaga kebersihan.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, kesalahan itu dikesan menerusi Operasi ‘Litter Picking/Plogging’, Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) yang diketuai Pengarah Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB, kelmarin.
Menurut beliau, notis dengan nilai keseluruhan RM3,000 itu dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(a) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 dan Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Anggota yang terlibat dalam operasi ini adalah daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB dan anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI) iaitu CMI Infra.
“Ia bertujuan untuk menjaga kebersihan sekitar premis yang mana Ops Bebas ini akan diadakan secara berkala di semua premis dalam kawasan pentadbiran MBMB,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...