
Pelajar 17 tahun cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima PPAM
PUTRAJAYA, 13 Mei – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang tadi (semalam) di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di sini.
“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.
Menurut Asmadi mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala
Beliau berkata pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa.
–BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...