Empat kenderaan berlanggar, tujuh cedera

Masa Membaca:51 Saat

SERKAM 12 Mei – Tujuh termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhanpiran Serkam di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata ketika kejadian pada jam 8 pagi itu, tiga buah kereta iaitu Perodua Alza, Perodua Myvi dan Honda City serta sebuah kereta utiliti sukan (SUV), Toyota Rush dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Muar.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta City dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan sebelum merempuh tiga lagi kenderaan di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu, tiga penumpang Perodua Alza dan pemandu serta tiga penumpang termasuk dua kanak-kanak dalam Perodua Myvi cedera.

“Manakala pemandu Toyota Rush dan pemandu Honda City tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku akibat  faktor manusia yang gagal mengawal kenderaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

664
Kongsi :
Previous post ‘DUIT’ jadi kunci kejayaan pelajar cemerlang
Next post Pelajar 17 tahun cedera jatuh tergelincir dari tingkat lima PPAM
Ubah saiz-+=