Sorting by

×

‘DUIT’ jadi kunci kejayaan pelajar cemerlang

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

ASAHAN 12 Mei – Menjadikan cogan kata DUIT iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal sebagai amalan membantu Muhammad Nuriman Iezwan, 12, cemerlang dalam peperiksaan.

Anak kedua daripada lima beradik itu menjadi antara pelajar cemerlang yang meraih keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.

Murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Kampung Bukit Senggeh itu berkata, selain itu sokongan keluarga turut menjadi kunci kejayaan untuknya berjaya meraih keputusan membanggakan.

“Alhamdulillah berkat sentiasa fokus dalam kelas sewaktu guru mengajar dan pergi tuisyen setiap hari, akhirnya saya dapat keputusan UPKK yang cemerlang.

“Subjek itu adalah al-Quran, ulum syariah (aqidah dan ibadat), sirah, adab (akhlak Islamiyah), jawi dan khat, asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, seorang ibu Mastura Mohd Azlim, 37, bersyukur anak sulungnya Muqri Razin Mohd Ruhaizat,12, turut menerima keputusan cemerlang dalam UPKK.

Img 20240512 Wa0004
MASTURA bersama anaknya Muqri Razin.

“Anak sebenarnya seorang yang tekun, sebagai ibu bapa kita kena selalu sokong dan jangan biarkan dia bersendirian.

“Walaupun dia (anak) sudah jangka akan dapat keputusan ujian 8A, tetapi saya dan suami sentiasa pantau perkembangan dia di rumah.

“Keputusan diperoleh ini membuatkan dia terus berusaha menjadi contoh kepada empat lagi adik-beradiknya,” katanya.

Terdahulu Muhammad Nuriman dan Muqri Razin diberikan sijil penghargaan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan bagi pelajar cemerlang peperiksaan UPKK 2023 SRA JAIM DUN Asahan Zon Ar Razi, malam tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

159
Kongsi :
Previous post ‘Kalau bukan sebab Ketua Menteri, saya hanya penjual sate di Klebang’
Next post Empat kenderaan berlanggar, tujuh cedera
Ubah saiz-+=