Sorting by

×

Melaka runding bawa kembali kapal Fu Ning

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

PANTAI KUNDOR 11 Mei – Kerajaan Negeri sedang berunding untuk menjadikan kapal layar tradisional China terbesar di dunia ‘Fu Ning’ sebagai tarikan utama pada Sambutan Ulang Tahun Diplomatik ke-50 Malaysia-China akan datang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan dua negara itu akan diadakan di Melaka namun ia bergantung kepada hasil perbincangan antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Luar Negeri.

Jelas beliau, kapal terbabit merupakan replika kapal yang pernah digunakan oleh Laksamana Cheng Ho sejak 600 tahun dahulu.

“Kapal tradisional ini merupakan simbolik kepada hubungan baik di antara Melaka dan China terutama dalam bidang perdagangan suatu masa dahulu.

“Jadi, bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China kita sedang berunding untuk menjadikan kapal ini sebagai pameran nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Makan Malam Sambutan Kapal Layar Tradisional China Terbesar Di Dunia ‘Fu Ning’ Ke Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan serta timbalannya Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @Hashim s

Turut hadir, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Roslan Rahman dan pemilik kapal terbabit, Lin Chang Jiu serta kenamaan lain.

Pada majlis itu, Ab Rauf bersama kepimpinan Kerajaan Negeri dan MOTAC meraikan krew kapal Fu Ning yang berlabuh di pelabuhan berkenaan selama lebih seminggu.

Kapal Fu Ning yang mempunyai dua tiang layar sepanjang 41.6 meter dan lebar 12 meter itu, telah memulakan pelayarannya dari Guangzhou, China sejak Januari lalu dengan melalui laluan sutera iaitu laluan perdagangan yang pernah digunakan Laksamana Cheng Hoe.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

291
Kongsi :
Previous post MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Next post Syukur buka akaun TH sejak usia 8 tahun
Ubah saiz-+=