Sorting by

×

‘Bila Larut Malam’ pasti meriah

Masa Membaca:54 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat melakukan persiapan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ berjalan lancar.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pihaknya menyambut baik saranan Kerajaan Negeri yang melaksanakan program bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Melaka.

“Sebagai agensi bertanggungjawab kita akan memastikan persiapan di kawasan yang terlibat berada dalam keadaan terbaik. Kita juga akan memastikan kemudahan dan keceriaan dalam keadaan terbaik, lampu hiasan pula menerangi kawasan sekitar hingga 3 pagi berbanding 12 tengah malam sahaja sebelum ini.

“Bagi memastikan aktiviti itu berlangsung dalam keadaan selamat dan lancar, MBMB juga akan menempatkan anggota penguatkuasa sehingga jam 3 pagi,” katanya.

Menurut Shadan, bersempena aktiviti Bila Larut Malam bermula 1 Jun, masa perniagaan di Pahlawan Walk dan Jonker Walk akan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi berbanding 11 malam sebelum ini.

“Kami juga berharap pihak pengurusan dua pusat beli-belah utama berhampiran untuk bersama-sama melanjutkan tempoh masa perniagaan bersempena aktiviti Bila Larut malam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

507
Kongsi :
Previous post MPHTJ kesan pemilik premis liat bayar cukai taksiran
Next post Lelaki didenda RM2,500 kemuka maklumat palsu kad pengenalan anak angkat
Ubah saiz-+=