
Mangsa banjir Melaka meningkat
AYER KEROH, 22 Nov.- Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 482 orang daripada 142 keluarga sehingga jam 5 petang tadi.
Ia berbanding 397 penduduk daripada 124 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, jumlah itu membabitkan mangsa daripada tiga daerah iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah dengan enam PPS dibuka sehingga petang ini.
“Daerah Jasin merekodkan empat PPS dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil dan SK Parit Gantong dengan membabitkan 101 keluarga dengan 325 penduduk.
“Manakala di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah kekal dengan satu PPS iaitu di SK Ayer Molek dengan 28 keluarga dan SK Durian Tunggal dengan 13 keluarga,” katanya.
Menurut beliau, paras air sungai di Sungai Chohong, Jasin dan Sungai Melaka, Melaka Tengah direkodkan menurun manakala Sungai Duyong, Melaka Tengah dan Sungai Melaka, Melaka Pindah, meningkat.
“Berdasarkan rekod Jabatan Meteorologi, cuaca hujan dijangka disatu dua tempat pada malam ini,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...