
Warga emas maut kereta terbabas
KESIDANG 6 Mei – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu terbabas dalam kemalangan di Jalan Malim Jaya di sini, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan pada jam 1.15 pagi itu, Tham Fung Kiew, 62 meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Malim menghala ke Bukit Katil untuk pulang ke rumah.
Katanya, setiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan.
“Pemandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kenderaan yang terlibat dibawa ke Puspakom untuk tindakan lanjut dan polis mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengiktu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...