Sorting by

×

Persiapan rapi Pameran Hang Tuah Jun depan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PANTAI KUNDOR 5 Mei -Segala persiapan penganjuran Pameran Hang Tuah dijadualkan akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Jun depan giat dilaksanakan semua pihak terlibat.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, antara yang akan dipamerkan Jun ini adalah artifak, bukti dan penemuan baharu selepas beberapa kajian dilaksanakan di beberapa buah negara.

“Setakat ini persiapan telah pun bermula dan sudah berjalan 10 peratus. Hasil kajian yang dibuat dapat membuktikan bahawa kewujudan Hang Tuah itu bukanlah satu mitos tetapi benar.

“Semua ini adalah berdasarkan beberapa manuskrip, hikayat dan bukti sejarah berkaitan pahlawan ini dari beberapa buah negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Kerajaan Negeri ke Kapal Tradisional Terbesar Dunia Fu Ning yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, hari ini.

Terdahulu, program lawatan itu telah diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong; Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

310
Kongsi :
Previous post Kapal Layar Fu Ning potensi gamit pelancong ke Melaka
Next post Pasar Terapung Melaka dijangka beroperasi pada Jun
Ubah saiz-+=