
Sultan Ibrahim berkenan luang masa lebih satu jam di Kampung Pulau
TANJUNG BIDARA 4 Mei – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meluangkan masa lebih satu jam pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.
Terdahulu, keberangkatan Sultan Ibrahim, pada jam 3 petang tadi diiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Ketibaan Sultan Ibrahim disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab. Aziz bersama kepimpinan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Dianggarkan lebih 10,000 rakyat jelata dan tetamu turut bersama memeriahkan majlis pada petang ini.
Tetamu dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air Amy Search dan Azharina, selain lagu ikonik Senandung Anak Melaka nyanyian Yasser Fikri.
Pelbagai juadah turut disediakan pada majlis berkenaan yang berlangsung sehingga jam 11 malam nanti.
Seri Paduka berangkat meninggalkan majlis pada jam 4.18 petang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
