Sorting by

×

Melaka sasar sejuta pelancong China menginap dua malam

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

PANTAI KUNDOR 2 Mei – Kerajaan Melaka menyasarkan sejuta pelancong dari China akan melancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, Kerajaan Negeri sedang mengatur langkah bagi menarik lebih ramai pelancong daripada negara itu dengan sasaran mereka akan menginap sekurang-kurangnya dua malam.

“Berbanding tahun lalu seramai 204,818 pelancong dari China telah direkodkan melancong ke Melaka daripada jumlah keseluruhan pelancong sebanyak 8.628 juta orang.

“Jadi tahun ini kita sasarkan lebih kurang 500,000 hingga satu juta pelancong China yang menginap di Melaka sekurang-kurangnya tiga hari dua malam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan Kapal Layar Tradisional Terbesar Di Dunia ‘Fu Ning’ di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi @ Mohd Hasim dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Dalam pada itu, Zaidi berkata, pelbagai langkah dan strategi akan dilakukan bagi mempromosi TMM2024 demi merealisasikan sasaran 15 hingga 18.7 juta pelancong dan pengunjung ke Melaka.

“Dengan hubungan baik antara Melaka dan China, kita akan mengatur pelbagai pendekatan untuk memastikan hasrat ini dicapai.

“Antara perkara yang telah dilaksanakan bagi mempromosi TMM2024 seperti menjalin kerjasama dengan sebuah stesyen televisyen terkenal di negara itu,” katanya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post Duyong ‘full house’ dengan tetamu datang beraya
Next post Walaupun hujan, raya di Duyong tetap ‘enjoy’