
Sembilan lagi keluarga dipindahkan ke PPS SK Ayer Molek
AYER MOLEK, 22 Nov.- Sembilan lagi keluarga yang terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, ia menjadikan keseluruhan 15 keluarga kini ditempatkan di PPS SK Ayer Molek sehingga jam 10.30 malam.
Beliau berkata, kesemua keluarga itu daripada Kampung Pengkalan Minyak, Kampung Busut Licin dan Kampung Ayer Molek yang terjejas ekoran air sungai melimpah.
“Jumlah mangsa banjir kini meningkat daripada 26 kepada 55 mangsa termasuk dua bayi.
“Daripada jumlah itu ia membabitkan 35 dewasa dan 16 kanak- kanak yang dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air,” katanya.
Terdahulu, Melaka Hari Ini melaporkan enam keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS di SK Ayer Molek, selepas kediaman mereka dinaiki air petang semalam.
Views:
Related
Berita Lain
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...