Sorting by

×

PPS SK Ayer Molek tempatkan enam keluarga

Masa Membaca:35 Saat

AYER MOLEK, 21 Nov. – Enam keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, selepas kediaman mereka dinaiki air petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, PPS SK Ayer Molek itu dibuka pada jam 3.30 petang susulan hujan lebat sejak 11 pagi.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan itu mengakibatkan air sungai melimpah dan beberapa rumah dinaiki air.

“Enam keluarga membabitkan 26 mangsa termasuk 10 kanak- kanak kemudian dipindahkan ke PPS SK Ayer Molek.

Susulan itu tiga kampung iaitu Pengkalan Minyak, Busut Licin dan Ayer Molek terjejas,” katanya.

Menurut beliau, pemantauan di kawasan terdedah banjir akan terus dilakukan pihaknya selain turut memantau paras air sungai.

Views:

1584
Kongsi :
Previous post COVID-19: 1,041 kes baharu, tiga kematian
Next post Sembilan lagi keluarga dipindahkan ke PPS SK Ayer Molek
Ubah saiz-+=