Sorting by

×

Tiada lagi isu ‘sekolah tumpang’ di Durian Daun – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

LENDU 30 April -Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Durian Daun yang siap dibina menyelesaikan isu ‘sekolah tumpang’ berlarutan sejak lebih 60 tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, menjelaskan sebelum ini sesi persekolahan agama diperkenalkan sekitar tahun 1960 di kampung itu menyebabkan dua pihak pengurusan terpaksa berkongsi bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun.

Menurutnya, sejak 2017 pihaknya memandang serius perkara itu demi memastikan keselesaan murid di sekolah berkenaan.

“Akhirnya berjaya diselesaikan selepas projek itu dijalankan sejak dua tahun lalu. Sekolah tumpang ini berlaku sejak saya bersekolah di situ lagi, ketika pengajian Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) ini diperkenalkan sekitar tahun 1960. Sesi pagi digunakan untuk sekolah rendah dan pada sebelah petang digunakan untuk sekolah agama.

“Alhamdulillah, sejak 2017 kita berusaha untuk menyelesaikan isu ini dan akhirnya membuahkan hasil selepas menerima peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM3.5 juta untuk membinanya di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah.

“Ini juga adalah antara janji dalam manifesto yang saya umumkan sebelum ini akhirnya dicapai dan berharap dengan sekolah baharu ini mampu memberi keselesaan anak-anak kampung dalam melakar kejayaan menerusi pendidikan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 04 29 At 11.07.30 Am
SULAIMAN (tiga dari kiri) menyaksikan penyerahan bangunan SRA JAIM Durian Daun baru-baru ini. Foto Mohd Jailani

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu Peringkat PDM Durian Daun di Balai Raya Durian Daun Barat, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sulaiman yang juga Ketua Menteri ke-12 berkata, pembinaan sekolah itu juga adalah sebagai persediaan bagi menampung pertambahan penduduk di DUN Lendu pada masa akan datang.

“Dua tahun lagi Lendu akan mempunyai sebuah tamah perumahan baharu dengan 400 buah kediaman, kemudahan baharu ini sudah pasti akan memberikan kemudahan kepada ibu bapa dalam hal pendidikan anak-anak mereka.

“Malah, sesi persekolahan yang ada kali ini juga turut mempunyai rekod anak-anak yang menetap di Masjid Tanah bersekolah di kampung ini.

“Insya-Allah, sekolah dilengkapi enam kelas, pejabat, kantin, surau dan padang ini mampu menampung mereka pada suatu hari nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2943
Kongsi :
Previous post Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta
Next post MBMB pasang 111 buah CCTV pantau lalu lintas, tingkat keselamatan
Ubah saiz-+=