Sorting by

×

Meriahnya raya di Rembia

Masa Membaca:46 Saat

REMBIA 27 April – Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Japerun Rembia, di sini, meriah apabila dibanjiri lebih 5,000 masyarakat tempatan.

Julung kali dianjurkan di bawah kepimpinan Penyelaras Japerun, Datuk Fairul Nizam Roslan, majlis itu turut dimeriahkan dengan masyarakat berbilang kaum.

Ia sekali gus menjadi lambang perpaduan dan keharmonian di Negeri Melaka dalam meraikan sambutan perayaan di negeri ini.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba kira-kira jam 9.14 malam.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali disambut dengan lagu tema Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2204), ‘Senandung Anak Melaka’ nyanyian Yasser Fikri.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Zahari Abd Kalil serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1691
Kongsi :
Previous post Tarikh akhir pengemukaan borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Next post SKM sasar semua masjid di Melaka tubuh koperasi
Ubah saiz-+=