
Dua penunggang motosikal maut bertembung
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Krai, dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.
Beliau berkata susulan itu berlaku pelanggaran secara berdepan dengan penunggang yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 dari arah Kuala Krai.
“Akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua pemuda berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian disahkan oleh pembantu perubatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau di talian 09-9751222 atau boleh ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
