Sorting by

×

Lebih 20,000 tetamu meriahkan Majlis Aidilfitri MADANI 2024

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER KEROH 22 April – Lebih 20,000 pengunjung memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 di Dewan Utama Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati orang ramai sudah hadir ke MITC seawal jam 5 petang seterusnya, menikmati pelbagai juadah disediakan termasuk nasi beriani, sate, ketupat, rendang, kambing golek serta beberapa lauk kampung.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman yang tiba kira-kira jam 8.15 malam.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama isteri, Datin Seri Utama Zuriyah Abd Aziz yang tiba seawal jam 7.30 malam turut meluangkan masa meninjau suasana majlis berkenaan.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum.

Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri diadakan di tujuh negeri bermula di Johor diikuti Sabah, kelmarin.

Selepas Melaka, majlis yang sama akan diadakan di Kelantan pada 2 Mei diikuti Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

286
Kongsi :
Previous post Cadangan atasi masalah banjir di Durian Tunggal dibawa kepada PM
Next post Sambutan Aidilfitri MADANI, gambaran kemakmuran Melaka
Ubah saiz-+=