Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari
KOTA BHARU, 22 April – Tempoh reman suspek kes tembak di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi 14 April, disambung lima hari.
Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah sambung reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Perintah sambung reman yang berkuat kuasa esok hingga 27 April itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.35 pagi, dengan kawalan ketat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.
Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.
Polis setakat ini mengklasifikasikan motif kes berkaitan perihal peribadi dan suspek telah direman tujuh hari bermula 16 April dan tamat hari ini, selepas ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan pada 15 April.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
AYER KEROH 19 Disember - Melaka merekodkan kutipan zakat lebih RM120.3 juta setakat 18 Disember, meningkat sebanyak 4.223 juta atau...
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...