
Bas ekspres terbakar: 16 terselamat
IPOH, 21 April – Seramai 16 individu berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar, di KM242.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, tengah malam tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fawwaz Abdul Jamil berkata pihaknya mengerahkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya ke lokasi, sebaik menerima pangggilan pada kira-kira pukul 12.01 tengah malam.
“Dalam kejadian itu, sebuah bas ekspres telah terbakar dianggarkan sehingga 80 peratus.
“Kesemua 16 orang termasuk pemandu di dalam bas tersebut terselamat dan mereka telah dipindahkan ke bas yang lain sewaktu pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial facebook JBPM hari ini.
Mohd Fawwaz berkata pasukan bomba telah berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.51 tengah malam dan selesai sepenuhnya pada 1.34 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MOHON BANTUAN KESAN LELAKI HILANG SEJAK 5 APRIL
KUALA LUMPUR 7 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang...
WANITA WARGA EMAS RENTUNG, 16 RUMAH SETINGGAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI BINTULU
BINTULU 7 April - Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan 16 rumah setinggan di tepi Sungai Plan,...
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...