
Hakisan: Pantai Puteri ditambak pasir 60 meter
PANTAI KUNDOR 20 April – Masalah hakisan yang berlaku di Pantai Puteri bakal berakhir apabila pesisir pantai berkenaan bakal ditambak tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hasim berkata, tambakan pasir 60 meter dari pantai ke tengah laut itu dijangka bakal bermula pada tahun ini.
Jelas beliau, ia bakal membabitkan keseluruhan pantai peranginan itu sepanjang 2.5 kilometer.
“Isu hakisan ini banyak menimbulkan kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan pengunjung dan penduduk berhampiran, bahkan nelayan yang mencari rezeki di laut.
“Ini kerana apabila berlaku hakisan, ia menyebabkan kesukaran untuk pendaratan bot, selain boleh menyebabkan bot pecah, retak dan sebagainya.
“Oleh sebab itu, saya berharap agar kerja penambakan ini dipercepatkan bagi memberi keselesaan kepada semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di padang petanque bersebelahan Kompleks Japerun Pantai Kundor, di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Tuminah berkata, pihaknya akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mendapatkan maklum balas serta maklumat terperinci mengenai projek tambakan itu dari semasa ke semasa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...