Sorting by

×

Jenazah Allahyarham Zaidi selamat disembahyangkan di Masjid Al Azim

Masa Membaca:44 Saat

BUKIT BARU 19 April – Suasana hiba mengiringi pemergian Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari yang meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Ke-29 menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Al Azim pada jam 10.55 pagi dan selesai disembahyangkan pada jam 11.10 pagi yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz.

Turut hadir menunaikan solat jenazah berkenaaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Ihsan Tebong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia 27 hingga 17 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

663
Kongsi :
Previous post Belasungkawa: Hilangnya sebutir permata Negeri Melaka
Next post Pemergian Allahyarham sungguh tenang – KM
Ubah saiz-+=