Sorting by

×

(KEMAS KINI) Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia

Masa Membaca:44 Saat

AYER KEROH 19 April – Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham Zaidi, 54, meninggal dunia di Hospital Melaka ketika menerima rawatan selepas mengalami serangan jantung di kediamannya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al Azim untuk solat jenazah dan seterusnya dibawa ke kediaman Allahyarham di Batu 22, Kampung Tebung dan seterusnya ke Masjid Al-Ihsan Tebong.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat.

Untuk rekod, Allahyarham dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Ke-29 pada 5 Januari 2022.

Allahyarham memulakan perkhidmatan di Negeri Melaka pada 5 Jun 2017 sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Melaka dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada 12 Oktober 2020 sebelum menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan negeri pada Januari 2022.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia 27 hingga 17 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1505
Kongsi :
Previous post Jom meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Asahan malam ini
Next post ‘Kehilangan besar buat Melaka’ – KM
Ubah saiz-+=