Melaka diakui negeri mesra pelabur
GADEK 19 April – Sokongan agensi persekutuan dan negeri yang memudahkan urusan pelabur antara faktor yang menarik syarikat antarabangsa untuk bertapak di Melaka.
Perkara itu diakui Pengerusi FE Green Pet (M) Sdn Bhd (FMGP), Donald Fan yang amat menghargai sokongan dan bantuan agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Invest Melaka Berhad.
Katanya, pembinaan kilang berteknologi tinggi milik syarikatnya Melaka bukan sahaja melengkapi strategi pembangunan, tetapi juga merupakan komitmen teguh terhadap perlindungan alam sekitar.
“Dilengkapi dengan teknologi terkini, kilang FMGP ini akan mengubah botol plastik terbuang menjadi produk bernilai tinggi, menggalakkan kitaran sumber dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.
“Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka dalam memudahkan proses pelaburan
syarikat kami di Negeri Melaka” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kilang FMGP di Taman Perindustrian HICOM, Pegoh, di sini, semalam.
FMGP merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Far Eastern (FEG), pemain industri global dalam sektor polyester yang mula bertapak di Shanghai, China pada tahun 1949.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...
AKSI ‘MOTORCROSS’ PULA BAKAL GEGARKAN ASAHAN 2025
ASAHAN 22 Disember - Aktiviti sukan lasak 'motorcross' menggunakan laluan tanah merah ladang kelapa sawit sebagai litar bakal diajurkan di...
POLIS BERKAS EMPAT LELAKI DISYAKI TERLIBAT KEGIATAN SAMUN DI SERI ISKANDAR
IPOH 22 Disember - Empat lelaki diberkas polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun di kawasan...
‘TUAH’ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA
AYER KEROH 22 Disember - Johan Cabaran Joran Melaka 2024 menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak kedua yang bakal lahir pada...
750 SERTAI CABARAN JORAN MELAKA 2024, TASIK AYER KEROH ‘PORT BAHARU’ MEMANCING
AYER KEROH 22 Disember - Seramai 750 peserta menyertai pertandingan memancing pada Cabaran Joran Melaka 2024 sempena Tahun Melawat Melaka...