Sorting by

×

Rumah Terbuka Aidilfitri Durian Tunggal hidang lauk kampung

Masa Membaca:51 Saat

DURIAN TUNGGAL 18 April – Pengunjung singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal pada 24 April ini bakal disajikan pelbagai lauk kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, rumah terbuka tersebut akan diadakan di Japerun Durian Tunggal bermula jam 8 malam.

Katanya, apa yang menarik penyediaan hidangan berkenaan akan dilaksanakan secara rewang membabitkan 100 penduduk kampung sekitar DUN Durian Tunggal.

“Bagi jemputan yang datang nanti boleh nikmati luak seperti pada majlis kenduri perkahwinan yang antaranya berasaskan ayam, daging dan kari kambing yang pastinya membangkitkan selera.

“Tahun ini kita cari kelainan dengan hidangkan lauk kampung, pastinya kaedah rewang atau gotong-royong ini akan lebih menarik, meriah dan melibatkan lebih ramai orang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau, menjangkakan seramai 5,000 tetamu akan hadir pada malam tersebut bagi memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri kali ini.

“Kios kecil menyediakan makanan seperti mi goreng, putu piring, apam dan aiskrim masih ada cuma tidak banyak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

276
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka Klebang tonjol perkongsian, kebersamaan
Next post 1,700 calon UPKK Melaka peroleh 8A
Ubah saiz-+=