Nelayan tangkap buaya tembaga di Pantai Siring
SERKAM 17 April – Seekor buaya tembaga sepanjang lima meter berjaya di tangkap di Pantai Siring, Kampung Pulai, di sini, hari ini.
Buaya anggaran berat 500 kilogram itu ditangkap oleh nelayan dan dibawa ke pantai sebelum penduduk menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu kerja-kerja menyelamatkan spesies reptilia berkenaan.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan (II) Mohd Suffian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.06 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian.
Menurutnya, seramai tujuh anggota digerakkan bagi membantu khidmat khas mengangkat buaya berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan).
“Setibanya di lokasi didapati buaya berkenaan telah berada di pantai dan dilaporkan spesies reptilia berkenaan telah ditangkap oleh nelayan.
“Setakat jam 1 tengah hari, operasi khas ini terkawal dan buaya ini akan diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERLUAS INISIATIF ‘BASIC LIFE SUPPORT’ KE SEMUA PBT
AYER KEROH 23 Disember - Inisiatif Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mewujudkan pasukan khas 'Basic Life Support' (BLS) bagi menangani...
LIMA AMANAT PENTING PERKASA PBT MELAKA
AYER KEROH 23 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, menekankan lima amanat penting dalam usaha memperkasakan...
LEMAS DI TALI AIR: MAYAT ANGGOTA POLIS DITEMUKAN PAGI INI
IPOH 23 Disember - Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama...
TERIMA KASIH BANTU SURAU KAMI
REMBIA 23 Disember - Usaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk memartabatkan institusi surau dan masjid diteruskan lagi dengan penyerahan...
GADIS ‘BOLLYWOOD’ GEGAR LITAR ASAHAN
ASAHAN 23 Disember - Siapa sangka wajah gadis yang lembut ini tidak mampu menggegarkan litar kelapa sawit di Asahan. Berasal...
KOLOKIUM OKU 2024 PROGRAM PEMULA ANGKAT MARTABAT ANAK ISTIMEWA
DURIAN TUNGGAL 23 Disember - Kolokium Orang Kurang Upaya (OKU) 2024 menjadi program pemula dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap...