
PKPB Melaka tamat esok
AYER KEROH 20 Nov. – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Melaka ditamatkan pada 21 November (Sabtu) selepas menunjukkan trend penurunan kes positif COVID-19 sejak 5 November lalu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut mengumumkan Negeri Johor (kecuali daerah Kota Tinggi dan Mersing), Kedah (kecuali daerah Kulim) dan Terengganu.
“Negeri Melaka secara kumulatif sejak 5 november 2020 sebanyak 61 kes positif direkodkan di seluruh negeri.
“Sehingga 18 november 2020 hanya terdapat 48 kes aktif yang direkodkan di seluruh Negeri Melaka dan hasil penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keadaan adalah terkawal” katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran langsung sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi.
Jelasnya, atas nasihat KKM dan mesyuarat pada hari ini telah bersetuju untuk menamatkan PKPB di seluruh Negeri Melaka bermula 21 November 2020.
Views:
Related


Berita Lain
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...
ORANG ASLI TEBONG STESYEN, KUBANG BADAK BAGAIKAN ‘KELUARGA’ KETIKA AIDILFITRI
MACHAP JAYA 2 April - Tradisi ziarah menziarahi di perkampungan Orang Asli Kubang Badak dan Kampung Orang Asli Tebong Stesyen...
BANTUAN SEGERA RM5,000 DAN RM2,500 UNTUK MANGSA KEBAKARAN – PM ANWAR
SUBANG JAYA 1 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang...
UP TOWN PAYA RUMPUT BEROPERASI SELEPAS AIDILADHA
PAYA RUMPUT 1 April - Uptown Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat, dijadualkan akan mula beroperasi pada Jun ini...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR DITERUSKAN SETIAP TAHUN
PAYA RUMPUT 1 April - Kerajaan Negeri memutuskan bahawa penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir akan diadakan pada setiap tahun selepas...