
Orang Melaka dilarang makan kupang, dwicengkerang – DOF
DOF dalam kenyataan memaklumkan hasil analisis dijalankan makmal Biosekuriti DOF terhadap sampel kupang dan air yang diambil dari Sebatu, Melaka pada Rabu lepas menunjukkan kehadiran alga spesies ‘Alexandrium’ yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
Menurut kenyataan itu larangan tersebut adalah tindakan pencegahan awal yang diambil Pejabat Perikanan Melaka berikutan kes kupang tercemar di Port Dickson, Negeri Sembilan.
“Jabatan akan meneruskan pemantauan selama 20 hari dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut prosedur operasi standard Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan yang ditetapkan.
“DOF pada 2 April lepas juga telah mengeluarkan hebahan larangan sementara kepada pengusaha dan penternak bagi menghentikan serta-merta aktiviti menjual dan mengeluarkan kupang ternakan melalui sistem pancang, rak dan ‘p-line’ dari perairan Melaka,” menurut kenyataan itu.
Orang awam diminta untuk segera melaporkan kepada DOF negeri atau daerah yang berhampiran sekiranya mengesan atau melihat perubahan warna air laut kepada merah, coklat, kuning atau hijau. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
