
80 asnaf DUN Asahan diraikan
ASAHAN 31 Mac – Seramai 80 asnaf diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Parlimen Alor Gajah dan Meraikan Asnaf Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata majlis pertama kali diadakan di DUN itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Bukan sahaja asnaf diraikan, malah anak-anak yatim, ibu tunggal, pengurusan surau dan kariah turut diberikan sedikit sumbangan sempena bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah majlis ini sangat meriah, selepas berbuka puasa kita mengajak semua kariah untuk solat Maghrib berjemaah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas majlis berkenaan di Surau Al-Aslah Desa Mesra Perdana, Selandar di sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafa Musa dan Adun Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil.
Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pihaknya akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Asahan pada 19 April di Dataran pekan Asahan.
“Rumah terbuka bermula jam 7.45 malam sehingga selesai, kita jangka lebih 5,000 pengunjung akan hadir pada malam tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...


