Sorting by

×

Kerajaan Negeri sokong pendigitalan MHI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 27 Mac – Pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan sesuai mengikut peredaran zaman, termasuk penyebaran berita menerusi platform digital menjadikan Melaka Hari Ini (MHI) sebagai lidah rasmi Kerajaan Negeri yang terus diyakini dan matang.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berkata, selain menguar-uarkan dasar Kerajaan Negeri MHI juga memainkan peranan besar khusus dalam meningkatkan lagi kesedaran rakyat Melaka mengenai kesan buruk penyebaran berita palsu atau tidak sahih.

Katanya, sehubungan itu MHI memainkan peranan amat besar dalam memastikan rakyat Melaka memperoleh maklumat yang sah mengenai dasar atau perancangan berkenaan Negeri Melaka.

“Sebagai sebuah agensi media MHI mampu menjadi platform untuk menangkis berita-berita palsu dalam media sosial. Usaha ini perlu diperhebatkan lagi supaya maklumat disampaikan adalah benar khususnya pada zaman digital sekarang, banyak berita tidak sahih tersebar melalui pelbagai talian dan ini membimbangkan.

“Selain itu MHI juga diminta memainkan peranan untuk meningkatkan lagi kesedaran rakyat mengenai ancaman ‘scammer’ atau sindiket penipuan yang aktif dalam talian,” katanya selepas mengadakan lawatan ke MHI di Rumah Media, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Terdahulu Chee Yee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd, Nasharuddin Muhammad, bagi menjayakan Pelan Transformasi Pendigitalan MHI.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

134
Kongsi :
Previous post ‘Jangan pernah lelah menuntut ilmu’
Next post Pekerja kedai aluminium mengaku tidak bersalah sebabkan kematian
Ubah saiz-+=