Pemilik kilang maut dihempap pintu pagar besi di Tanah Merah
KOTA BHARU, 25 Mac – Seorang lelaki warga emas maut dihempap pintu pagar besi di kilang miliknya di kawasan perindustrian Tanah Merah di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu mangsa telah dihempap pagar berkenaan ketika sedang memeriksa dan menolak pintu pagar untuk menutupnya.
“Secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.
“Mangsa warga tempatan yang berumur 70 tahun, telah tersepit akibat ditimpa pagar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Haki berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau sabotaj dan mayat manga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.
Menurutnya hasil bedah siasat mendapati punca kematian lelaki berkenaan adalah kerana Crushing Head Injury.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA BILA LARUT MALAM TUJUH EDISI CATAT REKOD 87,553 PENGUNJUNG
SERI NEGERI 27 Disember - Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang sudah dilaksanakan sebanyak tujuh edisi berjaya...
MELAKA SEDIA TERIMA PELABURAN BERTEKNOLOGI TINGGI
SERI NEGERI 27 Disember - Kewujudan sebanyak 23 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini, melancarkan...
PELABURAN TINGKATKAN HASIL NEGERI, WUJUD PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
SERI NEGERI 27 Disember - Peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk rakyat Melaka adalah hasil daripada peningkatan nilai pelaburan masuk ke...
PEMBUKAAN SIDANG DUN MELAKA TEGANG DENGAN LAUNGAN ‘KATAK’, ‘PENGKHIANAT’
SERI NEGERI 27 Disember - Pembukaan Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas tegang seketika...
ADUN REMBIA KINI DI BLOK PEMBANGKANG
SERI NEGERI 27 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia diisytihar berada dalam blok pembangkang berkuat kuasa serta-merta. Perkara...
SIDANG DUN MELAKA (BAJET 2025) BERMULA HARI INI
AYER KEROH 27 Disember - Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Seri Negeri,...