
Darurat di Batu Sapi: Tiada perintah berkurung, tiada pemerintahan ala tentera – PM
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kehidupan rakyat tidak terjejas, tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera susulan pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Perdana Menteri berkata pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Sabah.
Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi akan diadakan pada kadar segera, katanya dalam perutusan khas mengenai pengisytiharan darurat, yang disiarkan oleh televisyen tempatan dan rangkaian media sosial.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran...
PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Melaka mencatatkan peningkatan luar biasa kedatangan pelancong antarabangsa dari China sempena Tahun Melawat Melaka 2024...
5 ANAK MELAKA TERIMA BIASISWA SAMBUNG PENGAJIAN DI CHINA
BANDARAYA MELAKA 9 April - Seramai lima anak Melaka terpilih menerima biasiswa penuh daripada Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China bagi...
PEMAJU DIBERI TEMPOH SEBULAN BAIKI TEBING RUNTUH
KLEBANG 9 April - Pemaju projek di Jalan Klebang - Melaka Raya diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tebing runtuh...
HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM
PENGKALAN BATU 9 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan...
ANGKAT KEUNIKAN SENI TULISAN TANGAN DI MUZIUM SASTERA
BANDA HILIR 9 April - Tulisan tangan pengarang atau penulis dicadang untuk diletakkan bersama setiap buku dan karya asli yang...