
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu – JPA
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di media sosial sejak semalam, palsu.
“Maklumat yang tertera di poster tersebut palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” menurut JPA menerusi status dimuat naik di akaun Facebook.
Turut dilampirkan pada status itu ialah poster palsu berkenaan yang pada bahagian bawah kanan poster itu menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.
Poster palsu itu antara lain menyatakan bantuan khas itu akan dibayar pada 5 April depan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....