
KM sertai persidangan video Mesyuarat MKN
AYER KEROH 18 Nov. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menyertai Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara secara persidangan video, di Bangunan Seri Negeri di sini hari ini.
Sulaiman menerusi perkongsiannya di laman Facebook berkata, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut disertai semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negara ini.
Katanya, menerusi persidangan itu, antara perbincangan yang dikongsikan termasuk perkembangan terkini kes COVID-19 di setiap negeri termasuk negeri yang dikenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya juga berkongsikan perkembangan situasi di Negeri Melaka, selain memberikan butiran kes COVID-19 terkini.
“Turut dikongsikan, impak dan sektor yang terjejas khususnya sektor pelancongan dan perniagaan disebabkan perlaksanaan PKPB,” katanya.
Beliau turut mengharapkan, mesyuarat berkenaan dapat mencari penyelesaian terbaik dalam usaha semua pihak memutuskan rantaian COVID-19.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...