Kilang proses dedak diberi tempoh 10 hari bersih kawasan
DURIAN TUNGGAL 19 Mac – Sebuah kilang memproses dedak tanpa lesen di Batu 9 Kampung Bukit Balai diberikan tempoh 10 hari bagi melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, tindakan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk berhampiran mengenai masalah pencemaran udara dan bau di kawasan itu.
“Kilang ini memproses dedak bagi tujuan memberi makan kepada haiwan ternakan, tetapi ia menyebabkan kacau ganggu dari segi bau, habuk, sampah sarap dan sistem saliran air yang tidak sistematik.
“Hasil lawatan dan perbincangan, saya memberi tempoh selama 10 hari bagi proses pembersihan kawasan terbabit dilaksanakan oleh pemilik kilang,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, semalam.
Mengulas lanjut, Zahari berkata kilang tersebut dalam proses mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan diminta mendapatkan ulasan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum membuat permohonan lesen di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
“Dua kompaun dikeluarkan terhadap pengilang terbabit dan diharap supaya pemilik kilang dapat melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
CABUL MURID DI RUMAH HANTU, GURU LELAKI DIREMAN 6 HARI
AYER KEROH 9 Januari - Guru lelaki sebuah sekolah di daerah Melaka Tengah, ditahan selepas didakwa mencabul dua murid perempuan...
MENELUSURI INTIPATI KETERANGKUMAN BAJET 2025 NEGERI MELAKA
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak PEMBENTANGAN Bajet 2025 Negeri Melaka...
KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024
KUALA LUMPUR, 9 Jan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bagi...
PBT MELAKA SIAP SEDIA SAMBUT TETAMU WTD 2025, WTC 2025
AYER KEROH 9 Januari - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sedang melipat ganda usaha memastikan Melaka sentiasa...
ELAUN TAMBAHAN KHABAR GEMBIRA UNTUK SIDANG KAMPUNG
AYER KEROH 9 Januari - "Terima kasih Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan nasib sidang-sidang kampung dan sudi memberikan elaun tambahan...
LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
ALOR GAJAH 8 Januari - Lori tangki yang terbakar dengan sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 199.4 Lebuhraya Utara Selatan...