
Melaka negeri kedua terbesar terima liputan 4G
AYER LIMAU 13 Mac – Melaka merupakan negeri kedua terbesar dalam negara menerima capaian liputan rangkaian generasi keempat (4G).
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC), Syed Isa Alsagoff berkata, setakat ini rangkaian 4G di Melaka sudah mencapai 99.78 peratus.
Beliau berkata, fokus MCMC kini ialah memperluaskan lagi liputan di kawasan bandar dan luar bandar seluruh negeri, sekali gus memastikan capaian 100 peratus dicapai menjelang 2025.
“Perluasan rangkaian ini juga tidak semestinya akan dilakukan di bandar dan luar bandar sahaja, bahkan beberapa kawasan lain seperti di dalam universiti, pusat-pusat penyelidikan turut menjadi tumpuan utama MCMC.
“Melaka merupakan negeri kedua dalam negara selepas Lembah Klang yang menerima capaian 4G terbesar dalam negara,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.
Menurut Syed Isa, selain memfokuskan liputan 4G, pihaknya turut menggerakkan langkah untuk memastikan liputan dwi jaringan turut diperluaskan iaitu menerusi peluasan liputan 5G.
“Kita akan meneruskan peluasan 5G ini namun ia bergantung kepada inisiatif yang disalurkan Kerajaan Persekutuan.
“Untuk setakat ini, di Melaka sebanyak 88.3 peratus kawasan di negeri ini telah menerima liputan 5G dan usaha ini sedang diteruskan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...