
Penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan Telco direman lima hari
PUTRAJAYA 18 Nov. – Bekas ketua perkhidmatan pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).
Perintah reman hingga 22 Nov itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Setakat ini, 17 individu termasuk dua bergelar ‘Datuk’ telah ditahan reman sejak 10 Nov lepas kerana disyaki terlibat kes berkenaan.
Menurut sumber SPRM, wanita berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, kira-kira 11 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.
Mereka yang ditahan dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.
Nombor telefon yang diperoleh didakwa digunakan oleh sindiket penipuan penyedia kandungan dengan mengenakan bayaran langganan menerusi khidmat SMS tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
