Sorting by

×

Hargai usaha MARA, YPM perkasa bidang pendidikan

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

TANJUNG BIDARA 10 Mac – Usaha membantu meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar asnaf dan B40 masih menjadi agenda utama kerajaan.

Sehubungan itu Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berharap, usaha berkenaan terus dipergiat dengan kerjasama pelbagai pihak melalui penyediaan akses pendidikan dan bantuan yang dapat memberi manfaat kepada anak-anak serta penerapan terhadap kempen kesedaran mengenai kepentingan akademik.

Ketua Menteri juga menghargai usaha berterusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) termasuk menerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dalam memperkasa bidang pendidikan di negara ini sejak zaman 70-an adalah amat dihargai.

Katanya, YPM memfokuskan kepada murid dan pelajar sekolah kerana menyedari kepentingan untuk menjaga dan membentuk golongan berkenaan sejak dari peringkat akar umbi agar menjadi modal insan serta aset berguna boleh berbakti kepada masyarakat, agama selain negara suatu hari nanti.

“Justeru, agihan sumbangan kali ini diharapkan mampu memberi manfaat kepada semua pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan esok (11 Mac). Saya yakin, dengan bantuan awal persekolahan ini dapat memberi keselesaan untuk anak-anak kita dalam menuntut ilmu dengan lebih bersemangat.

“Pemberian bantuan persekolahan ini besar ertinya terutama kepada mereka yang memerlukan dan terkesan dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi serta peningkatan kos sara hidup,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Program Bantuan Khas Bantuan Persekolahan YPM 2024 di Villa D’Acqua, Kampung Pulau, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Adun Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Adun Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Pada majlis itu Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan persekolahan kepada wakil 250 murid dan pelajar dari lima Dewan Undangan Negeri dalam parlimen Masjid Tanah yang keseluruhan berjumlah RM25,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

426
Kongsi :
Previous post Teruskan kempen Geng Subuh Macam Jumaat – KM
Next post Gembleng tenaga lahir modal insan kelas pertama – KM
Ubah saiz-+=