Sorting by

×

Capaian internet berkualiti untuk Kampung Bukit Apit

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER LIMAU 8 Mac – “Masalah capaian internet yang lemah berlarutan sejak lapan tahun lalu, namun hasil usaha pelbagai pihak dan inisiatif Kerajaan Negeri akhirnya ia mememui jalan penyelesaian.

“Alhamdulillah, sekarang penduduk kampung akan menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih berkualiti,” kata penduduk Kampung Bukit Apit, Amir Hussin Yaakob, 70.

Katanya, kualiti capaian internet yang lemah bukan sahaja mengehadkan perhubungan, malah merencatkan soal pembelajaran anak-anak.

Amir berkata, sebagai alternatif ada penduduk yang melanggan perkhidmatan Internet jaringan tanpa wayar (WiFi) di rumah dengan bayaran RM70 setiap bulan.

“Kalau mampu boleh langgan perkhidmatan WiFi, perkara ini melibatkan kos. Terima kasih kepada semua pihak terlibat, sekarang kampung kami sudah ada menara telekomunikasi.

“Mengikut perancangan menara ini akan mula beroperasi sepenuhnya sebelum Aidilfitri ini, kami sebagai penduduk sangat bersyukur dengan inisiatif yang diberikan ini.

“Besarlah harapan saya khususnya buat anak-anak bersekolah kerana ia membantu mereka dalam pembelajaran selain mampu berkomunikasi dengan lebih efektif jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Amir ke Program Lawatan Kerja Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Penyerahan Tapak Projek JENDELA Fasa 1 Negeri Melaka di Kampung Bukit Apit, di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 03 09 At 9.49.31 Pm (2)
ZOHAIME.

Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Ayer Limau, Zoehaime Muhamad Sori, 56 berkata, kemudahan itu bertepatan dalam memperkasa prasarana negeri sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Zoehaime yang Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia berkata, Kampung Bukit Apit adalah antara laluan kerap digunakan pelancong dari Plaza Tol Simpang Ampat untuk ke destinasi menarik sekitar Masjid Tanah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post Dana saham wakaf bina Masjid Pulau Besar
Next post Teruskan kempen Geng Subuh Macam Jumaat – KM
Ubah saiz-+=