Sorting by

×

Larian Cross Country PISM berlangsung meriah

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KLEBANG 9 Mac – Larian Cross Country yang julung kali dianjurkan Planetarium International School Melaka (PISM) berlangsung meriah dengan disertai kira-kira 200 pelajarnya.

Bertempat di Dataran 1Malaysia, Klebang, pelbagai telatah dan reaksi dapat dilihat dalam kalangan mereka yang mengambil bahagian terutamanya peserta ‘cilik’

Malah, ada diantara ibu bapa dan ahli keluarga terdekat yang hadir juga tidak melepaskan peluang apabila turut mengambil bahagian menyertai larian.

Pengetua PISM Paul Tojeiro Cascais berkata, penganjuran yang diadakan itu bukan sahaja sebagai pertandingan sebaliknya memperlihatkan semangat kerjasama berpasukan dan matlamat.

“Pertandingan larian Cross Country ini adalah pertama kali diadakan oleh pihak sekolah yang mana ia bukan sahaja membabitkan kakitangan dan pelajar PISM tetapi juga ibu bapa serta ahli keluarga.

“Dengan kehadiran ibu bapa dan keluarga yang terdekat termasuk juga kakitangan pada hari ini menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang amat bagus,” katanya ketika berucap sebelum melepaskan peserta larian.

Paul berkata, walaupun larian ini adalah pertandingan tetapi kerjasama berpasukan dan kesepakatan sesama komuniti juga amat penting dalam menentukan kemenangan.

“Bagi penganjuran Cross Country ini, matlamat kita adalah menyasarkan pembabitan sekurang-kurangnya 95 peratus pelajar dan hari ini kira-kira 200 orang menjayakannya.

“Selain itu juga, kita turut mendapatkan garis panduan daripada beberapa pihak sebelum menjayakan larian Cross Country, antaranya Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) ini untuk pembangunan sukan yang komprehensif,” katanya.

Terdahulu, larian Cross Country itu terbahagi kepada enam kategori iaitu Kategori Prasekolah, Kategori U8, Kategori U11, Kategori U13, Kategori 18 dan Kategori Keluarga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1456
Kongsi :
Previous post Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Next post Pelajar TVET disaran semak penarafan institusi pendidikan sebelum daftar
Ubah saiz-+=