Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal hari ini.
Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook.
Menurut Ahmad Hafiz, Allahyarham meninggal dunia pada 3.10 pagi.
“Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan ayahanda tercinta kami (Datuk Mokhtar Hashim) ke rahmatullah pada 3.10 pagi tadi.
“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan. Seterusnya mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
“Hanya lafaz takziah serta doa yang mampu diucapkan dari kejauhan buat ahli keluarga Allahyarham,” katanya.
Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Views:
Related
Berita Lain
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...
SENTUHAN KASIH 562 CALON SPM, STPM MELAKA
ALOR GAJAH 15 November - Seramai 562 pelajar sekolah di negeri ini diraikan menerusi Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka...
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...