Sorting by

×

Md Akid kekalkan kejuaraan di Jasin

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

JASIN 4 Mac – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Md Akid Aziz, dinobatkan juara CP150 pada sirkit pertama Kejuaraan Petronas MAM Malaysia Cub Prix yang melabuhkan tirainya di Jasin Bestari, semalam.

Md Akid, 26, juga juara bertahan pada kejuaraan sama tahun lalu turut mencipta nama selaku juara keseluruhan kelas elit MCP, CP150, musim lalu.

Selepas memenangi kejuaraan sama pada tahun lalu, Md Akid, sekali lagi mempertahankan gelaran juara, apabila mendahului perlumbaan sejak awal hingga ke pusingan penamat.

Menurutnya, meskipun bimbang dengan keadaan litar yang basah susulan hujan namun dia sedaya upaya mengawal jentera agar tidak terjatuh.

“Tidak dinafikan keadaan litar yang sedikit basah agak membimbangkan tetapi saya bersikap lebih berhati-hati terutamanya ketika melalui selekoh.

“Saya elak daripada terjatuh atau hilang kawalan kerana tidak mahu menjejaskan tumpuan dan rentak perlumbaan, akhirnya saya berjaya mendahului sehingga ke penamat,” katanya.

Pelumba berasa dari Kuala Lumpur ini berkata, kemenangan pada pusingan pertama ini adalah ‘signal’ baik untuk menempuh sembilan lagi pusingan.

“Ini baru permulaan dan saya tidak mahu terlalu selesa kerana ada lagi sembilan pusingan sudah pasti pesaing lain akan memberi cabaran lebih sengit.

“Fokus saya adalah untuk kekalkan momentum, selain keserasian dengan pasukan yang sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan jentera saya berada pada tahap terbaik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1110
Kongsi :
Previous post Litar lumba sukan permotoran di Jasin
Next post Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025
Ubah saiz-+=