14 bayi lahir 29 Februari di Melaka
AYER KEROH 29 Februari – Seramai 14 bayi dilahirkan di Negeri Melaka pada tarikh istimewa hari ini, iaitu tanggal 29 Februari 2024.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, ia membabitkan seramai tujuh bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan yang dilahirkan bermula 12 tengah malam hingga 3 petang tadi.
“Kesemua bayi itu selamat dilahirkan di Hospital Melaka dan buat masa ini tiada kelahiran direkodkan di Hospital Alor Gajah dan Jasin,” katanya.
Untuk rekod, tanggal 29 Februari merupakan hari yang sangat unik bagi masyarakat di seluruh dunia yang mana mereka yang dilahirkan pada tarikh tersebut hanya akan menyambut hari jadi empat tahun sekali.
Ia juga dikenali sebagai tahun lompat berikutan fenomena orbit bumi mengambil masa kira-kira 365.25 hari untuk melengkapkan putaran mengelilingi matahari, sekali gus memberi tambahan masa 24 jam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TUKANG WAYAR DIDAKWA PECAH MASUK RUMAH PENGURUS SYARIKAT
KUALA LUMPUR 26 Disember - Seorang tukang wayar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan...
TIGA NELAYAN MANGSA BOT HANYUT DISERAH KEPADA INDONESIA
IPOH 26 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menyerahkan tiga nelayan warga Indonesia kepada wakil...
DUA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN KERETA DAN LORI
JOHOR BAHRU 26 Disember - Dua lelaki tempatan maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan kereta dan lori di...
26 DITAHAN TERLIBAT JUDI LAGA AYAM DI TAPAH
IPOH 26 Disember - Polis menahan 25 lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam perjudian sabung ayam...
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...