Rahsia seni seramik, porselin
BANDARAYA MELAKA 29 Februari – Bukan sekadar menyerikan sudut kosong di rumah dan pejabat, sebaliknya seramik serta porselin adalah khazanah yang amat berharga kerana seni pembuatannya turut menceritakan mengenai kebudayaan sesebuah masyarakat.
Kurator Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Syahidah Abu Sah berkata, seramik dan porselin adalah artifak sejarah menggabungkan beberapa elemen selain kesenian.
“Menerusi sejarah perkembangan seramik dan porselin ia membolehkan kita mengetahui banyak maklumat tentang kebudayaan sesebuah masyarakat.
“Malah barangan tembikar, seramik dan porselin turut melingkari kehidupan harian manusia yang bertamadun dengan merangkumi bukan sahaja kegunaan harian tetapi juga fungsi sesebuah masyarakat,” katanya.
Syahidah berkata demikian ketika berucap mewakili Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah pada Program Dengauler Ceritaku @Muzium Melaka: Menelusuri Sejarah dan Keindahan Seni Seramik berlangsung di Muzium Sejarah dan Etnografi, di sini, hari ini.
Terdahulu, perkongsian berhubung artifak sejarah seramik disampaikan oleh Ketua Projek, Muzium Perubatan Universiti Malaya Abd Aziz Abdul Rashid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET MELAKA 2025: DISKAUN 10 PERATUS CUKAI TANAH
SERI NEGERI 27 Disember - Sebagai galakan kepada pembayar cukai serta meningkatkan kutipan hasil tanah, Kerajaan Negeri mengumumkan diskaun kepada...
PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025
SERI NEGERI 27 Disember - Lebih banyak program pelancongan berskala besar akan dianjurkan sepanjang tahun hadapan, sekali gus memeriahkan lagi...
MELAKA FOKUS LIMA INISIATIF PERKASA GOLONGAN PENIAGA
SERI NEGERI 27 Disember - Peniaga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada pembentangan Bajet Melaka 2025 apabila Kerajaan Negeri memfokuskan...
MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
SERI NEGERI 27 Disember - Tabung Bantuan Dialisis Negeri Melaka akan disediakan bermula tahun depan dengan peruntukan berjumlah RM100,000. Ketua...
BAJET MELAKA 2025: 2,500 TERAWAL TERIMA INSENTIF PRA-PERKAHWINAN PERCUMA
SERI NEGERI 27 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) buat julung kali menyediakan Program Insentif Pra-Perkahwinan...
BAJET MELAKA 2025 TERUS PERKASA GOLONGAN TUMPUAN
SERI NEGERI 27 Disember - Melaka merupakan negeri pertama yang memulakan inisiatif tadika khas buat 438 orang anak autisme dengan...