Sorting by

×

Sidang DUN Melaka 5 hingga 7 Mac

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 28 Februari – Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas akan bersidang selama tiga hari dari 5 hingga 7 Mac ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, setakat ini sebanyak 104 soalan lisan dan 108 soalan bertulis diterima bagi persidangan kali ini.

“Pada hari pertama (5 Mac) adalah pembukaan persidangan yang dimulakan dengan bacaan doa dan tabik hormat oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

“Tun Dr. Mohd Ali akan merasmikan pembukaan sidang DUN dengan ucapan ringkas, kemudian saya akan berucap bagi penangguhan persidangan.

“Terdapat satu usul akan dibentangkan pada persidangan kali ini iaitu ucapan terima kasih kepada Tun Dr. Mohd Ali pada hari kedua persidangan (6 Mac),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Persidangan DUN Melaka akan datang lebih singkat berbanding sebelum ini yang berlangsung selamat empat hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

656
Kongsi :
Previous post MPHTJ bantu perkasa aspek pendidikan
Next post Keputusan pengecualian kenaikan SST bagi bil elektrik dan air belum dimuktamadkan – Fadillah
Ubah saiz-+=