Sorting by

×

MMACP fokus program maya tarik pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 17 Nov. – Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park (MMACP) memfokuskan pelaksanaan program secara maya (virtual) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MMACP Arif Faiz Zainudin berkata, program itu diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad menerusi enam program yang berbeza.

“Bila PKPB pengunjung nak datang susah, jadi kita buat program ‘virtual’ untuk dedahkan kepada umum tentang ceramah keagamaan, aktiviti ‘outdoor’, zumba, program kecantikan, kesihatan dan banyak lagi.

AKTIVITI ‘outdoor’ turut disediakan menerusi pelaksanaan program secara maya oleh MMACP selaras dengan PKPB.

“Akan ada dua slot program pada hari tersebut, di mana pada sebelah pagi bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi dan sebelah petang pada jam 2.30 hingga 3.30,” katanya.

Katanya, dengan adanya program ‘virtual’ orang ramai akan lebih mengenali MMACP selain aktiviti yang ditawarkan di taman tersebut.

“Kita harap pengunjung datang, cuma bila ada wabak pandemik COVID-19 memang susah orang nak datang sebab takut.

“Jadi sempena kempen Melakan Visit Melaka Packages 2020, kita beri diskaun kepada orang Melaka di mana kanak-kanak enam tahun ke bawah masuk percuma, 12 tahun ke bawah RM6 dan dewasa RM8,” katanya lagi.

Arif Faiz berharap program ‘virtual’ mampu menarik lebih ramai pelancong ke MMACP khususnya menerusi tontonan secara langsung di Facebook rasmi MMACP.

“Setakat ini ‘virtual event’ seperti aktiviti zumba sudah mendapat lebih 1,000 tontonan umum di Facebook, ini termasuklah program masakan yang juga mendapat tontonan yang ramai.

“Kalau kita lihat dari sudut negatif, kita akan rehat dan tunggu, tapi kalau kita lihat dari sudut positif kita akan menjadi lebih kreatif,” katanya.

Views:

342
Kongsi :
Previous post AccFest2020 dalam talian bantu pelajar di rumah
Next post Ahli tidak perlu bayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar – KWSP
Ubah saiz-+=