Remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Ketil
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mayat Muhammad Fakhrullah dijumpai kira-kira 10 pagi berhampiran lokasi dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
“Mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira 5.30 petang semalam sewaktu mandi bersama tujuh lagi rakannya.
“Mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di dalam sungai terbabit. Proses membawa naik mayat sedang dilakukan dan mayat akan dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar Sekolah Menengah Tanjung Puteri itu dijalankan sejak 6 petang semalam sebelum ditangguhkan pada 11 malam tadi.
“Operasi disertai 67 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.
“SAR pada hari ini bermula pada 8 pagi tadi,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOHAMAD RUSLI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH JASIN BAHARU
JASIN 28 Disember - Bekas Superintendan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Pencegahan Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit...
BIASISWA MAIM BANTU FARAH NABIHA BERGELAR DOKTOR
BANDA HILIR 28 Disember - Meskipun berdepan kesukaran kerana kekangan kewangan namun ia bukan penghalang untuk wanita cekal ini mengubah...
7 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPAG SEPANJANG 2024
ALOR GAJAH 28 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah menutup tirai tahun 2024 dengan tujuh kejayaan membanggakan. Yang Dipertua MPAG...
SENI MINIATUR PAPAR KEHIDUPAN KOTA MELAKA ABAD KE-15
BANDA HILIR 28 Disember - Lebih 30 seni miniatur yang memaparkan elemen sejarah, budaya dan tradisi Melaka dipamerkan kepada orang...
‘POCKET EVENT’ MENARA TAMING SARI GAMIT LEBIH 1,000 PENGUNJUNG
BANDAR HILIR 28 Disember - Program 'Pocket Event 2024' anjuran Menara Taming Sari berjaya menarik perhatian lebih 1,000 pengunjung. Beberapa...
PERUBAHAN PORTFOLIO, BUKAN ROMBAK EXCO – KM
SERI NEGERI 27 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, akan melakukan perubahan portfolio dalam kalangan Exco...