Sorting by

×

Tandas ’emas’ MTS lebih selesa

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 26 Februari – Keselesaan tandas buat pengunjung antara yang diberikan perhatian oleh pihak pengurusan Menara Taming Sari Berhad (MTSB) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik khusus sepanjang kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nasrul Ahmad berkata, berkonsepkan tandas premium kemudahan itu dipastikan agar sentiasa bersih, kemas dan wangi, malah bagi memberikan keselesaan ia turut dilengkapi pendingin hawa.

Katanya, bagi mewujudkan suasana lebih ‘rileks’ pihaknya turut mengalunkan muzik instrumental bagi pengguna tandas berkenaan yang mula dibuka kepada orang ramai  hujung November lalu.

Photo1708932980
TANDAS premium berwarna keemasan menjadi salah satu tarikan baharu kepada pelancong dan pengunjung yang datang ke Menara Taming Sari (MTS), Banda Hilir, Melaka. Foto MR AZLI

“Keseluruhan ruang dalam tandas ini menggunakan cat warna emas dan dilengkapi skrin informasi untuk mempromosikan pelbagai produk yang kami tawarkan di MTSB.

“Bayaran RM2 untuk setiap kali masuk dikenakan kepada pengguna adalah berpatutan dengan keselesaan yang kami tawarkan kepada mereka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nasrul berkata, inisiatif menyediakan kemudahan itu adalah hasil usahasama antara MTSB dan Newstar Pavilion Value Travel Sdn Bhd (NPVTSB).

 

tandas MTS 1- TANDAS premium keemasan MTS beri keselesaan kepada pelancong.

tandas MTS 2- IRINGIN muzik instrumental dan piano memberikan kelainan kepada pengguna.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1197
Kongsi :
Previous post Menu kreatif onde-onde isi ikan keli
Next post Pekerja restoran warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Ubah saiz-+=