Sorting by

×

Gembira lihat anak semakin berisi

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SUNGAI UDANG 23 Februari – Meskipun kesal dengan tindakan anak kesayangannya yang tersalah memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan najis dadah, namun doa dan harapan seorang ibu tidak pernah putus.

Bagi Chong (bukan nama sebenar), 58, segala kesilapan itu bagaimanapun bukanlah pengakhiran untuknya dan suami terus menghukum anak bongsu mereka yang kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Udang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sudah lebih setahun dia dipenjarakan dan peluang dapat berjumpa adalah detik yang ditunggu, terlerai rindu terhadapnya.

“Walaupun sedih sambutan Tahun Baru Cina tahun ini kami tidak dapat kumpul bersama tetapi melihat perubahan pada diri termasuk susuk tubuhnya yang semakin berisi membuatkan saya gembira.

“Sekurang-kurangnya kehidupannya di penjara lebih terurus dan berdisiplin,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini pada Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024, di Penjara Sungai Udang, di sini, semalam.

Sementara itu, anaknya yang mahu dikenali sebagai Boy, 31, berkata, dia tidak sangka akan terpilih untuk menyertai program itu kerana kesempatan tersebut amat ditunggu-tunggu penghuni tirai besi apabila tibanya musim perayaan.

“Walaupun kami tidak dapat duduk semeja untuk makan besar tetapi saya gembira kerana diberi peluang makan bersama ibu dan ayah pada program ini.

“Terima kasih kepada kedua orang tua saya kerana memberi semangat sementara menunggu tarikh bebas pada 2026. Saya akan cuba memperbaiki kesilapan dan menjadi anak yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

617
Kongsi :
Previous post Rumah terbuka Melaka tampil ‘berkonsep’
Next post MAIM pastikan dapur asnaf terus berasap
Ubah saiz-+=