Sorting by

×

Rumah terbuka Melaka tampil ‘berkonsep’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA LAKSAMANA 23 Februari – Semua penganjuran rumah terbuka perayaan yang disambut di peringkat Negeri Melaka akan menampilkan kelainan dengan pelbagai konsep akan diketengahkan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, selain menyuntik nilai perpaduan pada setiap penganjuran, konsep yang diketengahkan berupaya memberi nilai tambah kepada segenap lapisan masyarakat.

Jelasnya, setiap konsep itu bagaimanapun akan diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Seperti penganjuran Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Melaka 2024 di Jonker Walk menampilkan kelainan dengan julung kali diadakan di lokasi ini berkonsepkan ‘mesra penjaja’.

“Idea pemilihan lokasi dan konsep yang diketengahkan ini merupakan cetusan idea daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sendiri.

“Kita dapat saksikan bahawa penganjuran ini (rumah terbuka) menerima reaksi positif bukan sahaja daripada rakyat tempatan dan pengunjung, bahkan golongan peniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Melaka 2024 di Jonker Walk, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata selepas sambutan Tahun Baru Cina, Kerajaan Negeri bakal menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada April depan yang dijangka lebih meriah bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Konsep yang akan diketengahkan pada penganjuran rumah terbuka itu nanti akan diumumkan Ketua Menteri dan saya pasti cetusan idea lain dari yang lain akan diketengahkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

534
Kongsi :
Previous post SMK Seri Duyong siap Mac ini
Next post Gembira lihat anak semakin berisi
Ubah saiz-+=